PESAN HARI MINGGU ALKITAB – 2012
MEMBACA
ALKITAB DALAM PESPEKTIF PERJANJIAN
Pewartaan Apostolik Sri Paus Benediktus ke-16
sesudah Perhimpunan Sinode para Uskup yang ke-12 tentang Firman Tuhan (diadakan
dari 5 hingga 26 Oktober 2008) telah diterbitkankan pada 30 September 2010.
Bertajukkan Verbum Domini (VD) (Firman Tuhan) ia memberi teologi tentang Firman
Tuhan dan menghubungkaitkan dengan keadaan semasa dan kepentingan Firman Tuhan
didalam kehidupan Gereja dan pelayanan serta misi-nya didunia. Dalam mesyuaratnya
pada bulan Februari 2011, Komisi Alkitab Serantau (KAS) memutuskan untuk
mendedikasikan pesan tahunan Hari Minggu Alkitab kepada dokumen ini. Oleh
kerana dokumen ini kaya dengan pesan KAS mahu menyebarluaskan liputan dokumen
ini di tahun-tahun akan datang.
Pesan sempena Hari Minggu Alkitab tahun lalu, KAS
telah mengetengahkan keunggulan Firman Tuhan kepada manusia dalam bentuk yang berbeza memuncak dalam peribadi Yesus Kristus,
Firman Tuhan. Firman itu mengundang semua manusia kepada persekutuan dengan
Tuhan.
Pesan tahun ini meneruskan refleksi dengan
mengetengahkan respon manusia kepada panggilan Tuhan untuk hidup bersatu dengan
Dia.
PERJANJIAN
DENGAN TUHAN
“Di dalam visi ini, Firman Tuhan berbicara,
mencabar dan memanggil setiap peribadi manusia
untuk berdialog dalam kasih melalui respon yang bebas. Oleh itu setiap kita
diperbolehkan oleh Tuhan untuk mendengar dan memberi respon kepada Firman-Nya.
Kita telah diciptakan dalam Firman dan hidup dalam firman; kita tidak dapat
memahami diri kita sendiri kecuali kita terbuka kepada dialog ini. Firman Tuhan
menyatakan sifat kewujudan manusia yang akrab dan berhubungan. Sesungguhnya, kita dipanggil oleh rahmat
bersatu dengan Kristus, Anak Bapa dan di dalamnya kita diubah (VD 22).
PERJANJIAN
SEBAGAI HUBUNGAN
Pusat pernyataan Tuhan sendiri adalah kehendak-Nya
yang dalam di mana Dia ingin semua manusia hidup dengan-Nya dan dengan sesama
mereka. Ini merupakan pusat Firman Tuhan dan perbuatan Tuhan.
Bermula dari cerita penciptaan dan firdaus dalam
Kej 1-3, Firman Tuhan telah menyatakan bahawa kerana atas dasar kasih, Tuhan
telah menciptakan dunia dan mempercayakannya kepada manusia, Dia mahu mereka
hidup bahagia – mengalami kebahagiaan bukan kerana mereka dipenuhi dengan
berbagai-bagai keuntungan material tetapi disebabkan ada kesetiaan dalam
hubungan dan patuh kepada-Nya serta prihatin terhadap satu sama lain. Rencana
Tuhan adalah agar manusia mengalami dan mengungkapkan kebahagiaan ini di dalam
doa mereka, dalam penyembahan dan kehidupan dalam keluarga, komuniti dan
masyarakat.
Firman Tuhan dan tindakan sepanjang zaman amat
indah digambarkan di dalam Perjanjian Lama dan Baru. Seluruh Alkitab adalah
cerita tentang Perjanjian. Dalam dan melalui Perjanjian, Tuhan menyatakan
kehendak yang dalam ini iaitu manusia hidup harmoni dengan-Nya, dengan sesama
mereka dan dengan alam ciptaan.
Perjanjian
Sinai
Di gunung Sinai, Tuhan telah memeteraikan
perjanjian dengan umat Israel (Kel 19:1 – 20:21). Dia menghendaki bahawa Dia
menjadi Tuhan mereka dan mereka menjadi umat-Nya. Mereka telah bersetuju. Dia
telah memberikan mereka kesepuluh perintah itu untuk membimbing mereka dalam
hubungan dengan-Nya dan dengan sesama mereka. Mereka menerima Firman-Nya itu.
Ini merupakan dasar pengalaman agama bagi umat Israel. Bangsa menjadi agama –
iaitu mereka disatukan dengan Tuhan dan dengan satu dengan yang lain serta
dengan ciptaan.
MEMBUKA
PERJANJIAN DIDALAM ALKITAB
Atas dasar pengalaman agama ini – Perjanjian Sinai
– umat Israel melihat seluruh sejarahnya bermula dari saat penciptaan
terutamanya dari zaman Abraham.
Perjanjian
dengan Adam
Bila Tuhan mencipta Adam dan Hawa, Dia membuat
perjanjian dengan mereka dan mengundang mereka untuk hidup penuh setia kepada-Nya. Mereka akan menikmati
dan menguasai seluruh ciptaan dan mereka menjadi penjaganya supaya ia bertumbuh
dan membangun bagi kemuliaan Tuhan (Kej 1:28-30).
Apabila Adam dan Hawa telah memutuskan hubungan
itu dan melakukan dosa, Tuhan berjanji kepada mereka seorang yang dilahirkan
oleh seorang perempuan yang akan meremukkan kepala si jahat dan segala
kejahatannya. Jadi, umat Israel menunggu seseorang yang dijanjikan – Mesias – penyelamat
(Kej 3:15)
Perjanjian
dengan Nuh
Ketika dunia semakin berdosa, umat Israel
mengetahui bahawa air bah bukan sahaja memperlihatkan kelemahan dan dosa yang
membawa kepada penghukuman, malapetaka dan kehancuran tetapi dalam situasi yang menakutkan itu menunjukkan bahawa Tuhan
masih mengasihi dan menunjukkan belas kasihan, setia kepada Firman-Nya dan
janji-Nya untuk menyelamatkan.
Perjanjian dengan Nuh dan bumi (Kej 6:18; 9:9-17)
adalah tanda Firman dan tindakan Tuhan yang menyelamatkan bagi umat Israel.
Pelangi adalah tanda komitmen Tuhan
untuk menjaga bumi dan bukan membinasakannya.
Perjanjian
dengan Abraham
Umat Israel melihat kehendak Tuhan yang tetap ini
terjadi di dalam panggilan Abraham dan janji-janji yang diberikan kepadanya
(Kej 12:1-3) dan membaharui dengan anak (Ishak) dan cucu (Yakub).
Catitan sejarah umat Israel dan hubungan perjanjian
mereka dengan Tuhan bermula dengan Abraham. Perjanjian yang dibuat oleh Tuhan
dengan Abraham (Kej 15 dan 17) menjadi asas ungkapan kasih setia dan belas
kasihan Tuhan bagi umat Israel dan seluruh dunia. Tuhan akan sentiasa ingat
akan perjanjian ini dengan Abraham. Secara perlahan-lahan umat Israel menemui sejarah
mereka. Firman dan tindakan Tuhan adalah
penggenapan janjinya yang berterusan dengan Abraham. Mereka adalah keturunan
Abraham dan jesteru itu, mereka menyedari bahawa segala janji-janji Tuhan
kepada Abraham akan digenapi bagi mereka dan akan berterusan dalam sejarah
mereka.
Bila anak-anak Yakub jatuh ke dalam penindasan di
Mesir (Kel 1), Tuhan telah mengingati janji-Nya dengan Abraham. Melalui
hamba-Nya Musa, Tuhan melakukan tanda-tanda dan karya yang besar di Mesir (Kej
7:1 – 13:16) dan dengan menakjubkan umat Israel dibebaskan dari perhambaan (Kel
13:17-14:31). Tuhan memimpin umat Israel ke padang gurun menuju ke tanah yang
dijanjikan di Kanaan – tanah yang dijanjikan oleh Tuhan kepada Abraham yang
akan diberikan kepadanya dan keturunannya ( Yos 3:1 – 6:21; ruj Kej 12:7).
Janji
Kehidupan di tanah yang dijanjikan
Bila umat Israel memasuki Kanaan tanah yang
dijanjikan, perjanjian di Sinai adalah cara hidup mereka di tanah yang
dijanjikan (Yos 24).
Para sejarawan umat Israel yang dibimbing oleh Kitab
Ulangan melihat tahap kejayaan sejarah umat Israel itu dari perspektif Perjanjian Sinai. Mereka
Berjaya dalam peperangan bila mereka setia kepada cara hidup menurut perjanjian
dan mengalami kekalahan bila mereka mengingkarinya.
Perjanjian
Daud
Bila umat Israel menjadi sebuah Kerajaan ( 1 Sam
8-12), fungsi Raja bukan sahaja melindungi umat Israel semasa peperangan dan
menyedia kebajikan jasmani mereka tetapi juga memerintah negara dalam semangat
dan cara perjanjian Tuhan dengan bangsa.
Daud adalah Raja yang cemerlang dalam sejarah
kerajaan Israel.Tuhan telah membuat perjanjian yang sangat penting dengan Daud
(2 Sam 7:11-17). Dia menjanjikan takhta yang berkekalan kepada Daud. Mesias itu
akan datang dari keturunan Daud. Umat Israel mengingati Perjanjian Daud ini dan
menunggu kedatangan pengganti Daud yang
akan memerintah selama-lamanya.
Para
Nabi dan Perjanjian
Tetapi kebanyakan Raja-raja Israel yang lain tidak
setia kepada Perjanjian itu. Selama bertahun-tahun kerajaan itu berlaku perbuatan
yang tidak bermoral dan tidak adil.
Dalam situasi ini, Tuhan mengutus para Nabi kepada
umat Israel. Para Nabi ini adalah individu-individu yang berhubungan erat
sekali di dalam Perjanjian dan mereka senantiasa membawa dan menyeru umat
supaya mereka merujuk dan kembali kepada Perjanjian itu. Mereka memberi amaran
kepada mereka bahawa jika mereka tidak meninggalkan cara hidup yang tidak
bermoral dan tidak adil maka seluruh bangsa akan dibinasakan. Umat Israel tidak
mendengar seruan para Nabi. Mereka tidak mendengar Tuhan malah berterusan melanggar
Perjanjian-Nya yang kudus. Kerajaan utara Israel teruk ditakhluki Assuria pada
tahun 721 S.M. Kerajaan Yehudah telah
dikalahkan dan mereka dibuang ke Babilonia pada tahun 587 S.M. Firman Tuhan
telah menjelaskan bahawa bila mereka tidak hidup harmoni dengan Tuhan dan
dengan sesama mereka, hukuman jatuh ke atas diri mereka sendiri.
Janji
Perjanjian Baru
Namun Tuhan tidak melupakan Perjanjian-Nya dengan
umat-Nya. Melalui Yeremiah mereka diberitahu bahawa hari-hari akan datang Dia
akan membuat Perjanjian Baru dengan Israel dan Yehudah ( Yer 31:31-33), bukan
perjanjian yang ditulis atas kepingan batu tetapi di dalam hati mereka. Dia
akan membuka hati mereka yang keras seperti batu dan memberi mereka hati yang lembut.
YESUS,
PERJANJIAN BARU
Janji Yeremiah telah digenapi oleh Yesus. Sto.
Paulus memberitahu kita bahawa pada saat yang tepat Tuhan mengutus Anak-Nya
sendiri ke dunia. Anak-Nya itu dilahirkan oleh seorang wanita dan hidup di bawah
Taurat. Dia diutus untuk membebaskan orang yang hidup di bawah Taurat, supaya
kita boleh menjadi anak-anak Tuhan. (Gal 4:4).Yesus memeteraikan Perjanjian
Baru itu dengan darah-Nya di atas kayu salib. Dalam perjamuan terakhir, semasa
Yesus menubuhkan Ekaristi, Dia telah mengambil roti dan anggur dan berkata,
“Inilah Tubuh-Ku, yang diberikan untuk kamu. Cawan anggur ini Perjanjian Allah
yang baru, yang disahkan dengan darah-Ku, darah yang dicurahkan untuk kamu.”
(Luk 22:19-20; lihat juga Mat 26:28; Mrk 14:24; Ibr 12:24).
Perayaan Ekaristi kita pada masa kini adalah
perayaan agung Perjanjian Baru yang diberikan kepada kita melalui misteri
paskah (Kesengsaraan, Kematian, Kebangkitan dan diangkat ke syurga).
Yesus menggenapi Hukum Perjanjian di dalam perintah
baru yang diberikan-Nya kepada para Rasul pada perjamuan terakhir. Dia
memberitahu mereka untuk saling mengasihi seperti Dia mengasihi mereka (Yoh 15:12, 17).
Dengan saling mengasihi, mereka membangun keharmonian itu yang diingi oleh
Tuhan dari awal mula (Kej 1-2). Dalam kasih itu, mereka akan membina syurga
baru dan bumi yang baru di mana keadilan akan berkuasa sekali lagi di antara
umat-Nya dan menjadi amalan kehidupan mereka (2 Ptr 3:13); Why 21). Kasih para
Rasul Yesus ini akan mengubah dan membaharui seluruh bumi.
APPLIKASI
DALAM HIDUP KITA PADA HARI INI: PERJANJIAN DAN PERSEKUTUAN
Semangat Perjanjian masih membimbing Gereja pada
masa kini khususnya di dalam Ekaristi.
Konsili Vatikan II merefleksi sifat kehidupan
Gereja dan menghuraikan Gereja sebagai cahaya dunia.Tidak ada cahaya lain yang
dimiliki oleh Gereja kecuali Yesus sendiri, Cahaya Dunia.
Dalam cahaya Yesus inilah Gereja mengenali
diri-Nya sendir sebagai “Persekutuan.” – cara yang amat berkuasa untuk
menghuraikan Perjanjian. Hidup Tritunggal haruslah terus menerus menjadi cara
hidup kita pada masa kini. Arwah Sri paus Yohanes paulus II menekankan dan Sri
Paus Benediktus XVI mengulanginya bahawa untuk menjadikan ini suatu kenyataan
kita perlu memiliki dan membangun suatu “Kerohanian berasaskan persekutuan”,
yang mana pada dasarnya menghidupi pengalaman Perjanjian dalam Alkitab.
Firman Tuhan yang datang kepada kita melalui
Alkitab dan melalui Pengajaran Gereja, mencabar kita supaya menjadi Gereja
seperti itu: umat memiliki persekutuan yang mendalam, menghidupinya dalam
kehidupan seharian, dalam perbuatan dan dalam perhubungan kerohanian yang
bersifat persekutuan. Kita mestilah sentiasa menjadi Umat Ekaristi.
UNTUK
REFLEKSI DAN PERBINCANGAN
- Apakah maksud Perjanjian Alkitab bagi anda? Apakah pendapat anda bagaimana maksud ini dapat membantu anda berhasil membaca Alkitab?
- Melalui perayaan Ekaristi dan penerimaan Komuni Kudus, bagaimana kita dapat bertumbuh secara mendalam setiap hari didalam kerohanian yang bersifat persekutuan – dalam hidup perkahwinan, keluarga, jiran Komuniti Kristian Dasar dan masyarakat kita?
- Bagaimana kita dapat menyumbang kearah membangun “syurga dan bumi yang baru”, iaitu mengubah dunia di dalam semangat Yesus?